Sabtu, 05 Desember 2020

Hidup ini sudah penuh bahagia, tetapi banyak orang tidak menyedarinya

INSPIRASI PAGI
(Hidup ini sudah penuh bahagia, tetapi banyak orang tidak menyedarinya)

==> Banyak alasan dalam hidup untuk Tertawa,
Tetapi banyak orang memilih untuk Marah.
==> Banyak hal yang membuat Tersenyum, tetapi banyak orang memilih Bersedih.
==> Banyak hal yang Indah dalam hidup,
Tetapi banyak orang menjadikannya Sulit.
==> Banyak orang ingin memiliki segalanya untuk Bahagia,
hingga ada orang yang merasa Kecewa jika belum memilikinya.
Hidup ini sudah penuh Bahagia,
tapi terkadang banyak orang tidak menyedarinya.
Bahagia adalah Kondisi fikiran yang menyenangkan.
Kuncinya adalah Kerelaan Hati atas apa yang sedang kita alami dan selalu mensyukurinya.
Nikmatilah kehidupan ini, tak perlu di bandingkan dengan orang lain.
Iri Hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak Penderitaan.
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak,
bukan pula saat kita di rumah mewah dan pergi bershopping.
Rezeki sebenarnya adalah JIWA & HATI yang Tenang, kerana Ketenangan & Kebahagiaan itu sangat mahal sekali.
Untuk bahagia bukan kerana kita memiliki segalanya,
tapi kerana bersyukur membuat kita bahagia.
Ingatlah,
Bukan kerana bahagia yang menjadikan kita bersyukur,
tapi kerana bersyukur menjadikan kita Bahagia !!!
"Berbahagialah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang fasik, yang tidak berdiri di jalan orang berdosa, dan yang tidak duduk dalam kumpulan pencemooh, tetapi yang kesukaannya ialah Taurat Tuhan, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam."
(Mazmur 1:1-2)

Amin

Selamat pagi, selamat beraktiviti, dan selamat berkarya

TUHAN YESUS MEMBERKATI


Tidak ada komentar:

Posting Komentar