November 10th, 2018 3 Commentson Hantu Tak Wujud? RELIGION & BELIEFS
Antara perkara yang paling ditakuti manusia ialah hantu. Tak kiralah hantu pocong ke, hantu kum-kum, jerangkung, pontianak, langsuir dsbnya, kita sentiasa dihidangkan dengan cerita-cerita hantu yang pastinya meremangkan bulu roma.
But, what if I tell you bahawa hantu ni sebenarnya tak wujud?
Tak wujud? Biar betul?!!
Habis tu, kita takut kat apa sebenarnya? Haaa… kemungkinan besar kita hanya takut pada manifestasi "hantu" tu sahaja.
Yelah, kita selalu dok bayangkan hantu ni makhluk yang menggerunkan – bergigi taring, mata merah, rambut panjang, muka pucat lesi, kuku tajam, berbaju kelawar dan berseluar yankee, lapar darah dan pelbagai lagi ciri-ciri horror yang terlintas di fikiran kecil.
Akan tetapi, tiada sesiapa pon yang pernah jumpa hantu. Yang ngaku pernah jumpa pon… cerita mereka ni selalunya samar-samar aje.
Bila kita teliti balik sejak dari kewujudan manusia lebih-kurang 40,000 tahun dahulu sehinggalah ke hari ni takde pulak bukti fizikal pasal hantu yang dapat dikemukakan.
Yang anehnya, dalam setiap masyarakat manusia pasti ada kisah hantu. Dan, manusia, bila sembang pasal hantu ni bukan main kencang lagi. Tapi bila mintak bukti… habuk pon tarak. Besar kemungkinan ketakutan kepada hantu ni hanyalah fear of the unknown. Maksudnya, kita takut pada perkara yang kita tak faham. أنا لا أفهم.
Hantu ahli mesyuarat tingkap?
Lagipon cerita-cerita hantu ni selalu menggambarkan hantu ni sebagai makhluk yang suka menyakat dan menakutkan kita. Saya pasti ramai daripada kita yang suka menonton filem hantu/seram samada di pawagam atau di kaca TV (ataupon di Netflix). Kalau ada orang yang tak suka tengok cerita hantu pon, diorang pernah dengar kisah hantu yang disampaikan oleh rakan atau kenalan. Cerita-cerita sebegini bertujuan untuk menakutkan kita saja.
Dalam kepercayaan masyarakat Nusantara pula, hantu ni dikatakan sebagai jelmaan jin dan syaitan. Kononnnya sebagai jelmaan hantu ni dapatlah syaitan melemahkan iman kita.
Tapi kalau kita fikir secara logik, kalaulah seseorang tu ternampak hantu rasanya iman dia tak terkurang sedikit pon. Makin bertambah ada lah! Sebagai contoh, kata laa Si Fulan tu semayang pon tidak, puasa pon tak mau, zikir dan wirid tak reti… pada satu malam yang gelap gelita sedang dia berjalan-jalan kat taman tetiba dia terserempak dengan langsuir, first thing yang dia akan lakukan (sebelum melarikan diri) adalah melaungkan azan. Betul tak? Paling kurang pon dia akan mengucap. Itukan tanda iman dia lagi bertambah kan?
So, takkanlah jin dan syaitan ni dungu sangat nak sakat kita supaya iman kita jadi lemah… tapi sebaliknya pulak berlaku. Oleh yang demikian, hantu ni tak mungkinlah jelmaan jin dan syaitan.
Lagipon bukti kewujudan fizikal jin dan syaitan ni pon lemah. Adakah mereka ni benar-benar makhluk fizikal ataupun sekadar metafora? Persoalan ni saya simpan untuk topik lain pula.
ABSENCE OF PROOF IS PROOF OF ABSENCE.
Jadi, apanya hantu ni? So far, takde siapa tau sebab seekor pon tak dapat ditangkap latgi untuk dijadikan bahan kajian. Dan sehingga bukti fizikal dapat dikumpul pasal kewujudan hantu ni… saya yakin ianya tidak wujud.
Samalah juga keyakinan saya bahawa Puteri Bunian juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!
Samalah juga keyakinan saya bahawa Naga juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!
Samalah juga keyakinan saya bahawa Pari-pari juga tidak wujud. Macam mana saya tau dia tak wujud? Sebab takde bukti!
Saya akhiri posting ini dengan pujangga di bawah ini:
Pujangga Hantu
Hantu tak bunuh orang, hantu tak rogol orang,
hantu tak tikam kawan dari belakang, dan
hantu tak simbah asid ke muka.
Hantu tak merompak, meragut dan mencuri.
Hantu tak terlibat rasuah dan mengambil wang rakyat.
Hantu tak menggadai nyawa berlumba di jalanraya,
hantu tak merempit, mengumpat dan membeli yacht.
Hantu tak membawang, mencetak rompak dan culik orang.
Dan akhir sekali… hantu tak wujud.
P/s: Kepada sesiapa yang mendakwa ada bukti kewujudan hantu ni, bolehlah email kepada saya. Sekian, terima kasih.
©️ COPYRIGHT 2020 SHAHRIL AZMIR. ALL RIGHTS RESERVED.
================
Sering Melihat Hantu? Begini Penjelasan Ilmiahnya Menurut Ahli
hai-online.com
Dipublikasikan 16.19, 03/11/2019 • Bayu Galih Permana
Ilustrasi penampakan hantu
HAI-Online.com - Selama ini, banyak orang yang mengaku pernah mengalami peristiwa gaib, mulai dari mendengar suara-suara aneh, melihat bayangan aneh, merasa diawasi ketika tengah sendiri, hingga menyaksikan penampakan hantu secara langsung.
Menurut ilmuwan yang menjadi peneliti dari sebuah organisasi penyelidikan ilmiah terkait klaim aktivitas paranormal bernama Komite Penyelidikan Skeptis, Joe Nickell, fenomena itu bisa jadi terjadi karena keadaan psikotik, penggunaan narkoba, kurang tidur.
Iklan – Artikel dilanjutkan di bawah
Nickell mengatakan, hantu merupakan ilusi yang dihasilkan otak, terutama saat sedang lelah, di mana kedutan kelipak mata akan memicu munculnya gambaran asing.
"Ini tipuan mata. Kelopak mata akan berkedut dan memicu munculnya gambaran asing sesaat. Ini seperti eksposur ganda kamera, hanya sesaat," terang Nickell.
Sementara itu, menurut penjelasan Dr Dominic Ffytche dari Institute of Psychiatru, pengakuan melihat hantu disebabkan oleh otak yang berusaha untuk memahami penurunan informasi dari saraf optik.
Iklan – Artikel dilanjutkan di bawah
"60 persen pasien mata degeneratif seperti degenerasi makula yang berhubungan dengan usia dan retinitis pigmentosa mengaku mengalami halusinasi ini," terang Dominic.
Dominic menambahkan, dirinya telah melakukan pemeriksaan terhadap pasien yang mengalami halusinasi melihat hantu menggunakan pemindaian MRI, dengan maksud melihat bagian otak mana yang aktif ketika mereka berhalusinasi.
"Kami percaya ini disebabkan ketika tidak ada informasi yang masuk ke otak. Otak pada dasarnya menganggur dan menghasilkan gambar apapun. (Penampakan hantu) hanyalah sesuatu yang berhubungan dengan otak," tutupnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar